Monday, January 21, 2013

Kasih Ayah Membawa Bahagia



Haha.. glekek sorang-sorang tengok gambo ni.. Ni cik ngah pernah buat kat Sofea.. Abah dia sendiri pn x tergamak nak buat gini. Sesungguhnya, Qaleesya Sofea sangat-sangatlah beruntung dapat seorang ayah yang  penyayang yg teramat. 22 hari abah dia shutdown keje malam, siang mama pegi sekolah, abah dia la yg ambik alih tugas mama. Walaupun dah nampak sangat dia penat berjaga malam, lagi-lagi Sofea ni time mama g keje x nak pulak tidur. Hanya doakan Sofea jadi anak yang baik, pandai, solehah dan taat dengan mama abah. Peluk cium dari mama. Muahxx!!


MAMA & ABAH SANGAT MENCINTAI SOFEA..

Sunday, January 20, 2013

Sebuah Cinta dan Pengorbanan

Assalamualaikum.. Entri terakhir pada 3.3.2011. Hampir 2 tahun aku tak update blog ni, terlalu banyak perubahan demi perubahan dalam kehidupan aku dan akhirnya aku rasa teringin sangat nak kembali aktif dalam dunia blog ni. Last entri aku tentang aku hadiahkan baju untuk kekasih hati aku, Rosli Bin Mat Yanan yg mana sekarang sah sebagai suami dan ayah kepada seorang puteri kami.

11.6.2011 - Berlangsungnya majlis pertunangan Rosli-Farah di teratak Hj. Nawi & Hjh Zaiton. Alhamdulillah, kami mengikat pertunangan kurang dari setahun. Majlis berjalan lancar, buat kecik-kecik je jemput sahabat dan saudara mara terdekat.






Bulan berganti bulan, akhirnya tarikh ditetapkan. 24 Disember 2011 tarikh yang dipilih dan akan berlangsungnya majlis perkahwinan kami. Segala persiapan dibuat, nasib baikla aku cuma seorang guru kafa, bekerja 3 hari seminggu dan banyak masa terluang untuk siapkan segala hantaran 2-2 belah pihak dan urusan tempah baju serta pelamin. Urusan makan dan kanopi semua mi dan abah yang settlekan.. Dan tiba hari perkahwinan, semua berjalan lancar.Dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada Rosli B Mat Yanan. Majlis menghantar pihak perempuan di Kg Kubang Ikan di K.Trg.







Dan aku tersangatlah bahagia. walaupon kadang2 ditinggalkan waktu malam sebab cik abang kerja syif, tapi semua tu membuatkan aku lagi kuat. Jauh lebih berani dari Ejie yang dikenali dulu. Sebulan perkahwinan, aku disahkan hamil, rezeki Allah nak bagi. Langsung x terfikir secepat tu dikurniakan zuriat. Gila tak teruja nak sambut orang baru. Untungnya bila suami yang rajin tu jadi bertambah rajin, jadi bertambah sayang, dan bertambah berat badan serentak dengan isteri. hehe..









Hari demi hari, bulan demi bulan, 41 minggu yang penuh mencabar, penuh suka dan duka, yang x akan dilupakan sampai bilapun, dan...akhirnya sampailah saat melahirkan. 15.10.2012, lahirlah permata hati kami, Qaleesya Sofea Bt. Rosli. Seronok, teruja, terharu, sedih. Alhamdulillah, semuanya selamat.Thanks Allah.



Our bundle of joy!!







Sekian,, Lots of love, Ejie.