Thursday, March 3, 2011

love~


Kita lahir dengan 2 mata di depan wajah kita kerana kita tidak boleh selalu melihat kebelakang. Tapi memandang semuanya kedepan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga iaitu kiri dan kanan supaya kita dapat mendengar semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar serta mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin manapun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran dan idea kita. Dan apa yang kita fikirkan dalam otak kita jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata,2 telinga tetapi dengan diberikan 1 mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, menggoda, membunuh dan melakukan banyak perkara yang tidak menyenangkan sehingga ingatlah, berbicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajarlah untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa mengharapkan balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah. :)

No comments:

Post a Comment