Sunday, February 14, 2010

belajar sambil bermain..

Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira (Rohani Abdullah 2003). Program pendidikan memberi pendedahan kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai murni secara praktikal dan tidak formal dalam suasana yang menyeronakkan (Dr Shukor Abdullah:1998) dan belajar melalui bermain teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.
Seperti yang kita ketahui kanak-kanak tidak dapat lari daripada bermain. Jika kita perhatikan adik, anak buah, dan sebaginya yang bernama kanak-kanak mesti suka bermain. Melalui bermain kanak-kanak dapat meneroka, mempelajari sesuatu, memahami sesuatu perkara dan boleh meningkatkan kecerdasan emosi, kognitif, fizikal, rohani dan sebagainya. Dengan belajar melalui bermain kanak-kanak akan aktif dan memperoleh keseronokan dan mudah untuk mempelajari sesuatu secara tidak lansung. Secara tidak sedar kanak-kanak memperolehi sesuatu dan mempelajari sesuatu melalui aktiviti yang dilaksanakan. contohnya bermain dengan tanah liat dengan membentuk model yang diimaginasi oleh kanak-kanak. Jika kanak-kanak bermain tanah liat mereka dapat mengasah motor halus untuk memudahkan menulis, menggalakkan mereka berkomunikasi apabila dijalankan secara berkumpulan tetapi secara individu. seterusnya dapat menggalakan berimaginasi untuk membuat model yang disukai. Jelaslah kanak-kanak dapat memperolehi sesuatu pelajaran hanya dengan aktiviti yang dilaksanakan. Naluri kanak-kanak mendekatkan diri mereka untuk bermain dengan ini aktivti dilaksanakan dapat membantu kanak-kanak memperoleh atau mempelajari sesuatu.

No comments:

Post a Comment