Tuesday, July 7, 2009

Cinta Leh Timbulkan Motivasi


Cemana cinta leh timbulkan motivasi?

Bila kita sudah suka, kita akan jadi gembira. Bila kita sudah gembira, kat situlah kita ada tenaga untuk melakukan sesuatu dengan penuh keseronokan, penuh keghairahan. Seorang lelaki yang bahagia dilamun cinta akan merasa sungguh bersemangat untuk bekerja dengan kuat sekali. Seorang gadis yang bahagia kerana cinta, akan tekad untuk memberi segala apa yang dia ada pada kekasihnya.

Biasanya, wanita, gadis dan perempuan adalah orang disebalik kejayaan seorang lelaki. Bila seorang gadis merasa bahagia, dia akan rasa bersemangat untuk berkhidmat sebaik mungkin, sebab dia nak membuat pasangannya gembira dengan apa yang dia buat, apa yang dia lakukan.

Bila lelaki memuji masakannya, cuciannya, kerja-kerjanya, dia akan rasa cukup gembira, girang sekali. Abes ilang segala penat lelahnya. Dia suka dihargai.Inilah yang dikatakan cinta boleh menimbulkan motivasi.

Cinta boleh membuat Anda gembira. Bila Anda selalu gembira, lebih banyak gembira dari duka, Anda senang nak mencapai matlamat Anda, pendek kata, Anda senang nak berjaya dalam apa jua yang Anda lakukan.

No comments:

Post a Comment